Sumbangan Maahad Tahfiz Al-Fadilah

Maahad Tahfiz Al-Fadilah atau dikenali sebagai MATAF bermula dengan inspirasi untuk melahirkan Generasi Al-Quran dengan menerapkan ilmu serta akhlak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di kalangan Remaja Perempuan.
MATAF bermula di Puncak Alam. Dengan mengambil anak-anak miskin, MATAF berjaya membimbing anak-anak ini sehingga khatam hafalan 30 juzuk dan sebahagian daripada mereka telah juga ditaja melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dan universiti tempatan. Alhamdulillah.
Dengan semangat kejayaan ini serta dorongan asatizah dan orang ramai, kini lebih ramai pelajar mula diambil dan pusat pengajian di perlukan.
Menderma secara online sekarang!
Bagi memudahkan kami merekod sumbangan daripada penyumbang MATAF dan mengaudit, anda perlu mengisi borang berikut. isi maklumat anda dan klik butang 'Hantar'. Semoga setiap sumbangan yang anda berikan dikira sebagai amal jariah yang memberikan pahala yang berterusan hingga ke akhirat. Semoga Allah SWT mengganjari tuan/puan dengan sebaik-baik ganjaran. InsyaAllah.